URBAN LEGEND VILLA NABILA JOHOR BAHRU

URBAN LEGEND VILLA NABILA JOHOR BAHRU

 

Setelah beberapa hati baru saya siap artikel ini.

Apa yang saya tulis berkenaan dengan Villa itu?

– Sejarah Saya dan Tempat Itu
– Mengapa Saya Ke Sana
– Lokasi dan Sejarah
– Pengalaman dan Kenangan diri sendiri
– Para Penghuni tempat itu
– Bahaya atau Tidak tempat itu.

Dan lain-lain perkara.

Saya meletakkan link artikel itu di sini adalah kerana ianya masih ada berkaitan dengan Kewaspadaan dan Keselamatan Diri.

Jika anda benar ingin tahu apa yang saya lalui. Silakan baca link ini :

MONOLOG MANTRA : BUDAK HILANG DI VILLA NABILA :
SATU MONOL
OG KENANGANKU

APPS REVIEW : Facebook Messenger (Android) Version 3.1.1 Updated 13 Nov 2013 in Bahasa Melayu (no subtitle)

image

APPS REVIEW : Facebook Messenger (Android) version 3.1.1 Updated 13 Nov 2013 in Bahasa Melayu (no subtitle)

Hotak aku jem. Nak buat benda lain tapi tak jadi. Idea takda masyuk.
Jadi aku belek Xperia aku, tengok notification. Ada Update utk FB Messenger. Aku tekan.

Wow

Cantik dan Lebih ringan. Macam2 option baru yang ada. Contohnya adalah option utk availability kita (nak hide, atau nak ‘hijau’ dan sedia utk di ajak chatting dengan kengkawan). Walaupun kita off benda ni, tapi kita masih boleh menerima inbox notification. Kita cuma tak boleh tengok siapa rakan kita yang ada online. Itu je. Sama mcm sistem chat desktop FB. Maksud aku, cara lebih senang untuk tunjuk yang korang ada atau tak. Tak perlu nak ejas dekat desktop.

Kedua dan yang extra best, kita boleh invite chatting kawan-kawan kita yang tak friend dgn kita, tapi ada Fb. Syaratnya adalah kawan kita tu daftar info nombor Hp dia dekat database FB. Caranya? Masukkan no hp dia yang anda tahu tu, dan send. Amat berguna untuk spy nombor2 anonymous. Untung2 kalau dia ada FB, kita dapat detect. Hahhah

Cuma kali ni dah takda features sms. Sebelum ni ada. Apa lagi? Kita boleh ‘mute’ mana-mana notification inbox yang perlu. Siap ada timer mute. Korang cek lah sendiri. Pop up Chat Header? Mcm biasa.

Pada aku, puas hati. Ini adalah major update. Interface dan Icon pun berubah betul. Setakat ni amat smooth dalam Xperia Z aku.

***Tak memasal pagi ni aku jadi gadget freak, techno geek. Tapi aku memang minat benda-benda ni hahaha.

BUKU YANG DICURI. SEJARAH POLITIK DUNIA. Buku: Politik Dunia Sejak 1945 (Peter Calvocoressi)

image

image

Buku ni banyak sejarahnya (sejarah peribadi). Terus terang saya kata, buku ni adalah buku curik, atau dalam bahasa yang sopan- ambik tak pulang.

Pada zaman sekolah lagi saya dah minat dengan sejarah dan politik (tp bukan politaik Malaysia, ketika itu). Walaupun benda ni tak masuk pun dalam SPM/STPM, tapi saya berulang2 baca buku ni.
Saya pertama kali terjumpa buku ini disebuah perpustakaan di trmpat kami pada umur saya 15 thun (Tingkatan 3). Tiap kali masuk library, mesti saya
jenguk buku ni ada lagi ke tak dan baca sikit2.

Semasa saya nak habis SPM, saya ambil keputusan untuk rembat buku ni, sbb buku ni dulu susah nak cari dekat luar. Dan bila saya lihat rekod peminjam, Kosong. Seperti takda orang pun nak baca buku ni. Bosan kot. Ketika itu saya dah baca siap buat nota ringkas utk beberapa bab. Padahal bukan masuk exam pun.

Saya simpan selama setahun kemudian setelah saya sambung STPM, saya pulangkan semula ke library. Pada kali terakhir di library, saya sempat ‘cop’ buku ni dengan tandatangan lama saya, 2004. Awek lama mesti cam sign ni kan? Hahaha.

Masa berlalu. Kebetulan adik ipar saya (Mohd Akmal) juga masuk STPM beberapa tahun berikutnya dan terjumpa buku ini. Dia pun rembat semula dan tunjukkan pada saya. Di bawah tandatangan saya tu adalah tandatangan dia. Sejak dari haritu, buku ni ada dalam simpanan kami.

Buku ini mengajar saya pelbagai cerita dan fakta (serta auta) dalam permainan politik dunia. Hari demi hari, saya semakin faham apa yang berlaku. Ada yg betul ada yg salah dalam buku ni, secara realitynya. Almaklumlah, “History were written by the Victors”. Buku ini menjadi panduan dan rujukan pada awal proses pemahaman saya terhadap sejarah dan politik, selain beberapa buku lain. Sehingga ke hari ni saya masih menyelak buku ni dalam bab2 tertentu.

Kami akan pulangkan buku ini bila tiba masanya. Maafkan kami kerana mencuri. Daripada ianya dimakan anai-anai, lebih baik kami curi dan baca.

Artikel asal : http://goo.gl/Gpd0V9